بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum w.b.t
Harini, ana buat dua post. Satu, sesi taaruf tadi. Then ana nak kongsi sedikit ilmu dengan antum. Boleh kan ? Harap amalkan. Doa ni bagus juga dibaca sesudah solat sunat taubat atau tahajjud. Apabila dibaca seorang diri, kita mampu menghayatinya.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ
أَنْتَ رَبِّى لاَ اِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ
وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُبِكَ مِنْ
شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ بِذَنْبِى فَاغْفِرْ لِى فَإِنَّهُ لاَ يَغفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ.
Allahumma
Anta Robbi, Laa Ilaaha Illa Anta, Kholaqtani wa ana abduKa, wa ana
‘alaa ‘ahdika wa wa’dika mastatho’tu, Audzubika min syarri maa shona’tu,
Abu’u laka bi ni’matiKa ‘alaiyya wa abu’u laKa bidzanbi faghfirlii
fainnahu laa yaghfiru dzunuuba illa Anta
Ya Allah Engkau Tuhanku tiada tuhan selain Engkau. Engkau ciptakan aku dan aku hamba-Mu.. Dan aku berada dalam janji-Mu menurut kemampuanku.. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang ku lakukan... Aku sedari nikmat-Mu kepadaku dan kusedari akan dosa-dosaku.. Ampuni aku...... kerna sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa kecuali Engkau
Di dalam satu riwayat disebutkan bahawa (Sila Rujuk Kitab Fathul Baari 11/97)
“Barangsiapa mengucapkannya disiang hari dalam keadaan yakin dengannya kemudian dia mati pada hari itu sebelum petang hari, maka dia termasuk penduduk surga dan siapa yang mengucapkannya di waktu malam hari dalam keadaan dia yakin dengannya, kemudian dia mati sebelum subuh maka dia termasuk penduduk surga.” H.R Al-Bukhari
جزاك اللهُ خيراً
May Allah reward you with goodness
No comments:
Post a Comment