My Sisters

HappyLittleCutie | TelekungMurah2U |

Sunday, 9 February 2014

#05 Cara Rasulullah S.A.W (Gaya Hidup Sihat)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum w.b.t
 
 BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah saw yang perlu kita sebagai umat Islam contohi? Mencontohi Baginda bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita. Bukan bermakna Nabi saw terhindar daripada penyakit, tetapi Baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali sahaja. Actually, Ana baru baik demam ni. Baru demam sikit, dah menangis tak tahan sakit. Mmg takboleh nak tahan demam-2 ni. Tak reti sokmo. 
Oklah, taknak cerita panjang-2. Cuba try test amalkan cara hidup sihat Rasulullah S.A.W ini :


1. Selalu bangun sebelum Subuh.

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara pada waktu subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
   
2. Menitikberatkan tatacara menjaga kebersihan.

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi. Sabda Baginda yang bermaksud:
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa, demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

3. Tidak pernah makan berlebihan.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Salah satu sumber penyakit adalah datangnya dari perut (makanan). Amalan pemakanan yang tidak betul dan berlebihan boleh meningkatkan kadar kolesterol dan boleh memudharatkan tubuh kita. Galakan berpuasa merupakan suatu bentuk terapi yang boleh mengistirehatkan perut disamping menyihatkan tubuh badan kita.

4. Gemar berjalan kaki.

Rasulullah saw berjalan kaki ke masjid, pasar dan mengunjungi rumah-rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan dengan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

5. Tidak pernah iri hati.

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. Banyakkanlah berdoa: “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

6. Tidak pemarah.

Nasihat Rasulullah ‘JANGAN MARAH’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad sahaja tetapi merangkumi juga kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah di hati.

7. Pemaaf.

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

Apa yang Ana 'highlight'kan @ tulisan warna warni itu, adalah info-2 yg Ana rasa sgt penting.
Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah saw, Insya-Allah akan dikupas pada masa-masa yang mendatang.*Inilah post paling sakit bahu Ana nak siapkan. Heee :)


جزاك اللهُ خيراً
May Allah reward you with goodness



RESEPI : Makaroni Berkuah Paling Simple :)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum w.b.t
Haip, haipp. Bertemu kita di resipi pertama Ana. Hikhik. Cubalah, ni untuk beginners ok apa kalau nak cuba. Yang bujang-2 tu, haa. Bolehlah try ok? 

BAHAN-2
250gm makaroni
500gm tomato merah (dicencang)
1 ulas bwg putih
1/2 biji bwg besar
2 sb lada hitam (ditumbuk halus)
1 cawan air

CARA-CARANYA
1. Tumis bwg besar & bwg putih sehingga naik bau, ikut selera masing-2 nak garing ke tidak bwg tu.
2. Then, masukkan tomato td. Agak-2 makaroni byk, tambah tomato ok? *cara masak makaroni tu tahu kan? just campur sikit garam & 1 sudu kecil minyak dlm air didihan ok? taknak bg melekat-2
3. Lepastu, kalau nak berkuah lagi, tambah 1 cawan air. Nak tambah air lg pun boleh. Ikut selera masing-2.
4. Lepas 20 minit, agak-2 dah mendidih, masukkan lada hitam td. Nak pedas, boleh tambah lada @ sos cili. Kalau taknak pedas, jgn letak lada itu ok? 
5. Ok, nak siap dah ni, cuba rasa? ada kurang sikit tu. Garam. Masukkan garam secukup rasa. Gaulkan semua. Try test rasa sikit. Agak-2 sedap, boleh dah tutup api ok dear. 
*nak tambah tolak resepi ni pun boleh, ikut selera masing-2. Jgn takut nak mencuba masak ni. Cuba simple-2 dulu ok? Hee. Cubalah masak. And, leave your comment please. 

جزاك اللهُ خيراً
May Allah reward you with goodness
 
   

Thursday, 6 February 2014

#04 TOGETHER WE CHANGE . LILLAHITA'ALA .

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum w.b.t
 
"Dunia internet. Facebook.
Twitter. Blog. Agaknya ada
lagi yang lebih penting
daripada Allah?"

 "Ramai orang sekarang, apabila
bertanya hukum, mereka usaha
untuk dapatkan hukum yang
membenarkan dosa mereka."

 "Pelik dengan orang dah
berhijrah lalu kutuk orang
belum dapat hidayah. Eh
bukankah dulu anda juga
terkapai-kapai lalu
diselamatkan Allah?"


 "Kita tak tahu bila kita mati
syeikh, sekali kita mati time
buat maksiat, pergh… Sekali
kita mati dalam keadaan kita
tak taubat lagi sebab
tangguh, silap besar! Sebab
tu lah, jangan tangguh
taubat, kalau boleh, lepas
baca post ni, terus taubat!"

 Ramai manusia sedar akan dosa yang mereka buat, tapi masih buat tak tahu. Ana juga tak terkecuali. Muhasabah diri. Kerana bila kita telah“tenggelam” dalam lautan amal, maka allah akan campakkan dalam hati kita perasaan benci dan geli pada maksiat! Percayalah wahai kawan, percayalah! Saya yakin, ramai orang yang nak berubah. Kuatkan azam,kekalkan semangat, terus maju, move on, jangan hirau apa orang kata, doa pada Allah! Saya yakin kita mampu. Once kita dapat berubah, kita akan MENANGIS kegembiraan, menangis kesyukuran, menangis kebahagiaan kerana NIKMATNYA IA, dan kita akan menangis keinsafan.
 
 Nak mendapatkan cinta
Allah senang sahaja,
"Menurut perintahnya,
meninggalkan
larangannya"
tak susahkan?? Allah itu
Maha Menyayangi dan
Maha Pemurah.

 جزاك اللهُ خيراً 
May Allah reward you with goodness
*SalamUkhwahSyabab&Nisaa'*



Wednesday, 5 February 2014

#03 MOMENT OF ANA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum w.b.t
Life was like a box of chocolates. You never know what you're gonna get. 
- Tom Hanks, Forrest Gump-

Bertemu kembali, kali ni intro rasa mcm nak letak some quotes. and, that's it. Today, just came back from kampung. Amik abah bawa pergi HKL, doctor said that abah makin kurus. Pity him. Sbb tiada siapa nak jaga abah dekat rumah. Semua nak kerja, sekolah. He's 85 yrs old. Tapi masih kuat. Hari-2 nak tebas rumput dekat rumah tu. Hmmm. Abah-2. May Allah reward you with happiness.  
I'm still new with this blog, rasa mcm taktahu nak update apa. Hee. How bout stories of my 20 yrs life? Dulu punya blog, Ana selalu sgt cerita pasal first love. Berbalas-2 post lagi. Masa tu, masih jahil. Hanya fikir duniawi shj. Tak pernah pun nak fikir pasal ukhrawi. Betapa sombongnya dgn Allah masa tu. Berbelas tahun terbazir mcm tu shj. Haishhh, rugi-2. Poor me. Tapi, zaman sekolah is the sweetest moment I have ok. Rasa nak patah balik, Tapi mana boleh kan. Heee.Ana stay hostel. Free without any charge. Asrama tu membantu keluarga yg kurang berkemampuan, muallaf, anak yatim and so on. Banyak kenangan tercipta disitu je. Sbb masuk masa akhir Darjah 6 sampai lah Form 5. Bila jadi fivers mula lah konon senior. Tapi Ana tak buli budak tau. Asrama ni lah mengajar ana mengenal dunia luar. Mengenal sikap manusia diluar sana. Masa ni jugak ana byk tak ikut peraturan. Hihihi. Budak lagi. Still berhingus. How can I patuh semua peraturan? Hee. Maaf ustaz,  ustazah. Anak didikmu ini nakal. Waktu ini jugak, mula berkenal dgn kaum Adam. Mula-2 ada abang angkat shj. *but, our ukhwah still smpi skrg . Then, masuk sekolah. COUPLE. Ana tak salahkan sesiapa. Tanpa terjadinya hubungan itu, mungkin Ana takkan sedar sampai skrg. Kan ? Kadang-2 dlm hidup ini, kita tak boleh nak salahkan takdir yg telah terjadi. Mungkin ada hikmah dari-Nya. And I see it now. Ana dan dia putuskan COUPLE tu dan menjadi kawan. It much better I think. To You, thanks for everything. Betapa bnyaknya kenangan masa tu. Mmg kadang-2 rindu.
But now, I have changed. This is new me. Yang masih belajar mengenal ukhrawi dgn lebih mendalam. Bila ketetapan Tuhan sudah tetapkan. Tiada yg boleh merubah dan takkan ada siapa yg boleh berubah. Am I right ? Semua yang terjadi biarkan terjadi. Hadapi dengan senyuman*mcm lagu dlm blog Ana je :). Ana rindu kawan-2 ana. Mesti terkejut dgn perubahan Ana nie. Confirm, no doubt. Dulu, Ana futsaller tau. Thanks to Abg Hafiz sbb ajar Ana main futsal. Dulu jela athletics sikit, semua nak join. Futsal, table-tennis, badminton, apatah lagi acara lari-2 tu. Tapi itu DULU. Hee. Skrg more to outdoor and extreme. Biking, hiking and travelling. Saja join kawan-2 luar. Tambah ilmu, tambah kawan. But for sure, aurat jaga, perbatasan antara kawan-2 jaga. Solat jaga. WAJIB tau ? 
Oklah, mcm panjang sgt. FYI, Ana pun suka masak-2 ni. Baru-2 ni Ana buat PUDING ROTI with custard sauce. Sedap. Abah Ana siap suruh buat lg sekali. Nanti ana bg recipe ok. Next post. Hehehe. Ok lah. Syukran sbb ada juga yg baca post ni. Ada permintaan apa-2, boleh shj. Nak tanya doa-2 ke, recipes ke, how to do that, how to do this, anything. Ana adalah perpustakaan bergerak. Hihihi. Daaaaa ~ 

جزاك اللهُ خيراً 
May Allah reward you with goodness