My Sisters

HappyLittleCutie | TelekungMurah2U |

Thursday, 6 February 2014

#04 TOGETHER WE CHANGE . LILLAHITA'ALA .

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum w.b.t
 
"Dunia internet. Facebook.
Twitter. Blog. Agaknya ada
lagi yang lebih penting
daripada Allah?"

 "Ramai orang sekarang, apabila
bertanya hukum, mereka usaha
untuk dapatkan hukum yang
membenarkan dosa mereka."

 "Pelik dengan orang dah
berhijrah lalu kutuk orang
belum dapat hidayah. Eh
bukankah dulu anda juga
terkapai-kapai lalu
diselamatkan Allah?"


 "Kita tak tahu bila kita mati
syeikh, sekali kita mati time
buat maksiat, pergh… Sekali
kita mati dalam keadaan kita
tak taubat lagi sebab
tangguh, silap besar! Sebab
tu lah, jangan tangguh
taubat, kalau boleh, lepas
baca post ni, terus taubat!"

 Ramai manusia sedar akan dosa yang mereka buat, tapi masih buat tak tahu. Ana juga tak terkecuali. Muhasabah diri. Kerana bila kita telah“tenggelam” dalam lautan amal, maka allah akan campakkan dalam hati kita perasaan benci dan geli pada maksiat! Percayalah wahai kawan, percayalah! Saya yakin, ramai orang yang nak berubah. Kuatkan azam,kekalkan semangat, terus maju, move on, jangan hirau apa orang kata, doa pada Allah! Saya yakin kita mampu. Once kita dapat berubah, kita akan MENANGIS kegembiraan, menangis kesyukuran, menangis kebahagiaan kerana NIKMATNYA IA, dan kita akan menangis keinsafan.
 
 Nak mendapatkan cinta
Allah senang sahaja,
"Menurut perintahnya,
meninggalkan
larangannya"
tak susahkan?? Allah itu
Maha Menyayangi dan
Maha Pemurah.

 جزاك اللهُ خيراً 
May Allah reward you with goodness
*SalamUkhwahSyabab&Nisaa'*



No comments:

Post a Comment